Wednesday, April 8, 2009

Karipap Pusing

Resepi karipap pusing ni saya dapat dari myresipi.com. Kemudian saya gunakan resepi ini untuk jualan karipap.... Saya sungguh tak sangka pertama kali cuba membuatnya, sungguh senang, sedap dan mendapat sambutan yang baik. Jadi... ianya sesuai untuk makan kita sekeluarga.... jadi saya lampirkan resepinya....



Bahan-bahan
: Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap pusing.


Utk doh berminyak : 150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka atau pun snowbrand shorterning tu.. ), 300 gm tepung gandum
Utk doh biasa
: 700 gm tepung gandum, satu sudu kecil garam, air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)
Cara : Sila lihat gambar step by step...
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.
Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana.
Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

# Resepi asal dan gambar saya ambil dari forum cari dan myresipi.com

No comments:

Post a Comment