Friday, April 3, 2009

Karipap Pusing

hari ini saya sibuk membuat karipap pusing untuk tempahan jamuan makan. Karipap pusing ini sungguh sedap dimakan sewaktu minum pagi atau minum petang.. anak-anak sangat suka makan karipap ini, kerana ia rangup dan sedap
resepinya saya perolehi dari http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm

Bahan-bahan:
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap

Utk doh berminyak:
150 gm margerin dan crisco
gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu.. )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit

Cara :Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat.
Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 :
700 gm tepung gandum + air + air garam
uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana.

Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.

No comments:

Post a Comment