kek kali ini di oder oleh iza untuk hari persandingannya... dia nak yang simple sahaja... saya berharap iza suka.. saya buat simple sangat2... terima kasih iza..
Oder kek kali ini dari iza.. untuk hantaran perkahwinannya.. yang membuat saya pening, adalah temanya warna hitam dan putih...
Banyak juga la blog-blog yang saya lawat untuk mencari idea kek hitam putih.. akhirnya saya buat seperti gambar dibawah.. iza kata ok... terima kasih iza...
Selamat Pengantin Baru!!.. Semoga kekal hingga ke anak cucu...
Kek kali ini saya buat khas buat kedua-dua permata hati saya... katanya saya asik buat untuk orang sahaja, kakak dan adam punya kek tak nak buat pun.. sedih saya dengar..
Tengok tu, saya nak ambil gambar pun tak sempat... dia dah tak sabar nak makan...
Cupcakes ini juga adalah permintaan anak saya untuk mak ngahnya... yang ini saja yang sempat saya ambil gambar... yang lain dah selamat dah...
Kak Sabariah ini, mengoder kuih Talam keladi dan kuih cara berlauk untuk pertunangan anaknya.. berkali kali dia telefon untuk memastikan saya ingat oder dia.. kerana seawal 2 bulan sebelum majlis pertunangan anaknya akan berlangsung, kak sabariah ni oder...
Berulang kali dia kata buat sedap-sedap tau... risau saya... saya berharap dia berpuas hati... minggu lepas dia call kata nak oder kuih untuk hari kenduri perkahwinan yang akan di buat bulan 2 nanti... terima kasih kak sabariah...
Kelas Kek lapis Sarawak pada 24hb. Oktober, 2009 1. Kek Lapis Bakun 2. Kek Lapis Rebung
Kelas Roll Lapis Sarawak pada 31hb. Oktober, 2009 1. Roll Teratai 2. Roll Piramid 3. Roll Berlian
- Kelas ini bermula jam 10.00 pagi - 5.00 petang - Pengesahan kehadiran 3 HARI sebelum kelas bermula... - Bayaran deposit RM50.00 utk booking tempat... Hubungi saya tel @ email untuk pendaftaran kelas.....
Bulan Ramadhan datang lagi... seperti biasa saya sibuk membuat juadah berbuka puasa untuk jualan di pasar ramadhan... sehingga tidak sempat untuk update blog ini...
Sungguh seronok kerana boleh melihat berbagai-bagai ragam manusia, yang menjual mahupun yang membeli...
nanti saya akan letakkan gambar juadah sepanjang bulan puasa ini...