Thursday, May 10, 2012

Kek Perkahwinan Nurul Dan Shukri

Assalamualaikum.... Lama saya tak updated blog ni.. memandangkan sekarang saya tanam anggur... jadi banyak masa yang terluang..


disini adalah Kek Perkahwinan tempahan Nurul dan Shukri...


Tuesday, December 27, 2011

Moist Chocolate Cakes


Assalamulaikum... lama saya tak update blog ni.. rasanya tak cukup masa untuk 24 jam, setiap hari...
Ok.. oder kali dari jiran blok sebelah... bukan jauh sebelah jea...

Apa-apa pun, yang saya nak cerita ni, pasal masaalah memasak kek coklat moist ni... sebab selalu sangat dia jadi bantat... lagi-lagi kalau tak biasa buat kek ni... ala kita yang biasa ni pun selalu mengalami massalah nie... tension kan....

Lagi-lagi, kalau tak cukup masa.. semua jadi tak kena.. Untuk membuat kek ni kena pastikan betul-betul resepinya...


Moist Chocolate Cakes

Bahan bahan :
(A)
1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk coklat
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak 

Semua bhn2 ni satukan, kacau dgn whisk, masak atas api hingga larut. Kemudian sejukkan sebentar.



(B)
3/4 cwn tepung gandum
1 sd kecil baking powder
1 sd kecil soda bicarbonate
(guna sudu kecil kfc tu jer)

semua bahan-bahan ni di satukan dan di ayak..



(C)
4 biji telor (di pukul sedikit)



Caranya:
1. Panaskan kukusan n loyang siap siap..
2. Masukkan selang seli tepung (Bahan B) dan telor (Bahan C) ke dalam adunan coklat tadi smpai habis.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.. Bila cucuk dgn cake tester atau lidi dah bersih n tak melekat, dah masak laa tuu..
4. Bila sudah sejuk, baru telangkupkan.. Bubuh choc ganache ke atas cake tu..



Topping Coklat Ganache :

150ml whipping cream (saya guna susu cair)
350gm coklat masakan
1 sudu besar butter

1. Masak secara double boil, panaskan whipping cream hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat, bila coklat dah cair masukkan mentega, kacau hingga cair.
3. Biar sejuk seketika.. dan tuang ke atas kek yg telah sejuk...

Saturday, September 10, 2011

Wedding Cakes


Wedding kek fiza dan zol...
Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia...





Thursday, July 15, 2010

Tempahan Raya 2010

Salam semua....


TEMPAHAN KEK LAPIS UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI 2010 SUDAH DIBUKA.

TEMPAHAN AKAN DITUTUP PADA 10 RAMADHAN.

ANDA BOLEH MENEMPAH MELALUI EMAIL, SMS, INBOX Chanteqcakes @ TINGGALKAN COMMENT DI WALL chanteqcakes.


BAYARAN:

DEPOSIT 50% (full payment dialu-alukan) DIPERLUKAN SEBAGAI PENGESAHAN TEMPAHAN.
NO AKAUN AKAN DIBERI SEKALI DENGAN MAKLUMAT TEMPAHAN ANDA.


TARIKH AKHIR PEMBAYARAN:
SELEWAT-LEWATNYA 8 RAMADHAN.

TEMPAHAN YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS:
TEMPAHAN AKAN DIPOSKAN PALING LEWAT PADA 22 RAMADHAN.

Kepada sesiapa yang boleh datang ke tempat saya dan mengambil sendiri item tersebut, sila inform saya melalui sms dan call sahaja.

lain-lain pertanyaan boleh email saya di chanteqcakes@ymail.com, inbox, comment, wall, sms/call me at 013-2231721

Monday, May 24, 2010

Friday, May 14, 2010

happy birthday athirah..












kek span coklat
frosting butter cream