Sunday, March 29, 2009

Donut

Saya letak Donut ini untuk jualan di kedai makan di pantai dalam. saya buat lebih donut untuk anak-anak makan... Donut ini boleh dipelbagaikan, mengikut kreativiti kita... kita yang buat diakan.... tapi hari ni saya cuma buat donut biasa sahaja... itu pun tak cukup.

Masa mula-mula, adunan donut nie melekat kat tangan, tapi lama-lama diuli adunan donut ini, semakin anjal. lama juga kalau nak uli pakai tangan lebih kurang 30 minit. macam nak buat bun juga... nak senang guna mixer atau bread maker.....




Donut

Bahan-bahan
275gm Tepung Roti - Tepung gandum pun boleh
1/2 sudu teh garam
35gm gula kastor
11gm yis
125ml susu
30 gm marjerin
1 biji telur - gred B

Cara menyediakan
1. Tepung di ayak. Campur tepung, garam dan merjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. masukkan gula, yis telur dan susu kedalam adunan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
3. Rehatkan doh ini sebentar sehingga ia mengembang 2 kali ganda dari saiz asal. lebih kurang 40 minit.
4. canaikan doh ini dengan mengunakan penerap donat dan letakkan donut keatas dulang yang telah ditaburkan tepung.
5. Rehatkan lagi donut selama 15-20 minit @ sehingga donut ini kembali kembang.
6. Goreng donut diatas api yang sederhana sehingga perang keemasan.
7. Toskan minyak. Sadurkan dengan gula kastor @ gula icing @ ikut suka nak letak coklat pun boleh.




Ini pula gambar donut 'The Big Apple' yang digemari ramai.

No comments:

Post a Comment